Bulan Syaaban hampir ke penghujung bermakna Ramadhan
insyaAllah akan datang. Allan wa sahlan Ya Ramadhan. Disaat kebanyakkan orang beriman sudah mula menyediakan diri
untuk menyambut dan melalui bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, adakah kita
juga termasuk dalam golongan itu? Ayuh warga SMK Seri Selayang, mari kita
bersama-sama menyediakan diri kita untuk menyambut Ramadhan yang akan tiba
tidak lama lagi.
Mari kita muhasabah diri. Adakah kita sudah mula mengulang
semula semua hukum hakam berkaitan dengan ibadah puasa dan kelebihan beramal di
bulan Ramadhan? Jika belum, anda masih belum terlambat. Mulakan pencarian ilmu
dengan membaca buku-buku, melayari internet, menghadiri kuliah-kuliah di surau
atau masjid atau mana-mana majlis ilmu yang berkaitan dengannya. Mudahkan? Tepuk dada tanya iman anda.
Puasa ini adalah ibadah bukan adat. Itu kita mesti jelas.
Salah faham pada soal ibadah menjadikan kita berpuasa kerana
adat. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat. Ada
yang kata, kalau tak puasa tak boleh raya? Itu motivasi untuk anak-anak kecil yang baru belajar puasa. Tapi
untuk anak-anak remaja di SMK Seri
Selayang, konsep ini sudah tidak boleh digunakan. Puasa adalah ibadah yang
wajib dilakukan oleh setiap orang beriman yang sudah baligh serta menepati
syarat sah yang lain.
Allah berfirman dalam surah
al-Zumar :9 « Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak
berilmu ? “
Al Bukhari dan Muslim
meriwayatkan daripada Mu’awiyah r.a beliau berkata bahawa Rasullah SAW
bersabda, Sesiapa yang dikehendaki baik oleh Allah,nescaya diberikan pemahaman
agama yang mendalam oleh Nya.’
Apa tunggu lagi,mari kita menambah ilmu dan menjadi orang
yang lebih baik sebagaimana yang di nyatakan dalam ayat al –Quran dan hadis
tersebut.
Perkongsian ilmu – bab Puasa.
Puasa – makna
dari segi bahasa : menahan diri daripada sesuatu
Dari segi syarak : menahan diri daripada perkara-perkara
yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan
dengan NIAT.
Hukum berpuasa di bulan Ramadan : WAJIB
Niat puasa untuk bulan Ramadhan: Berniat pada malamnya
sebelum terbit fajar.
Dari Hafsah, isteri Rasullah SAW bahawa beliau bersabda :
“Barang siapa tidak memasang niat puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa
baginya.”
Dianjurkan oleh ulama bahawa niat puasa diperbaharui setiap
hari kerana ia merupakan ibadah yang berdiri sendiri dan gugur apabila keluar
dari waktunya.
No comments:
Post a Comment