Selamat Hari Kebangsaan

Selamat Hari Kebangsaan

Sunday 12 August 2012

Laporan aktiviti amali zakat. Jom berzakat




ZAKAT merupakan rukun Islam yang ketiga dan wajib dilaksanakan. Alhamdulillah SMK Seri Selayang telah berjaya melaksanakan amali zakat bersama amil jemputan Ustaz Shaifuna Amri bin Zahari daripada Masjid Almaniah pada 13 Ogos 2012. Penerangan berkaitan zakat dan amali zakat telah berjaya dijalankan. Murid-murid berpeluang membayar zakat untuk diri mereka sebagai persediaan sebagai orang Islam yang bertanggungjawab menunaikan rukun Islam. Aktiviti yang julung-julung kalinya ini boleh diteruskan pada masa-masa akan datang agar dapat melahirkan umat Islam yang sejati. Guru-guru juga tidak melepaskan  peluang untuk menunaikan zakat bersama. Tahniah kepada semua guru yang terlibat terutama guru-guru Pendidikan Islam di bawah pimpinan Ustazah Najwa. Semoga akan banyak lagi usaha dan program dilaksanakan  ke arah melahirkan modal insan yang soleh dan solehah.AMIN

Ustaz Tuah sebagai pengacara majlis



Amil jemputan Ustaz Shaifuna Amri

Guru juga tidak melepaskan peluang menunaikan zakat.
Cikgu Barlia sedang membacakan akad zakat
Doa dibaca selepas selesai membayar zakat.
Semoga amalan zakat diterima Allah,ameen

Murid perempuan juga tidak ketinggalan










No comments:

Post a Comment