Selamat Hari Kebangsaan

Selamat Hari Kebangsaan

Monday 8 October 2012

Doa mengiringi calon-calon ke dewan peperiksaan

Pada tanggal 9 Oktober 2012, debaran untuk semua calon PMR untuk anak-anak SMK Seri Selayang semakin kencang. Semua calon telah bersedia lengkap dengan segala peralatan serta slip peperiksaan bagi melayakkan mereka melangkah yakin bagi bertempur dengan soalan-soalan yang bakal dihadapi. Segala pesanan dan nasihat telah dibekalkan oleh ibubapa dan guru-guru yang meletakkan harapan menggunung untuk anak-anak terus berjuang hingga saat-saat terakhir. Sangat penting bagi setiap calon menggunakan sepenuh masa dalam waktu peperiksaan membaca soalan dan memilih jawapan yang paling tepat. Sila patuhi semua peraturan peperiksaan.  Jangan keluar awal atau tidur dalam dewan peperiksaan. Semak jawapan anda. Ingatlah bahawa masa depan anda di tangan anda sendiri. Semoga kejayaan menjadi milik anda.
senyuman penuh debaran

sila patuhi arahan

sudah bersedia


masih ada masa




persediaan saat-saat akhir




tunjuk arah agar tidak tersasar

calon-calon pmr

No comments:

Post a Comment