Selamat Hari Kebangsaan

Selamat Hari Kebangsaan

Monday 8 October 2012

Solat hajat,bacaan Yasin,tahlil dan motivasi untuk calon PMR dan SPM

Setelah berpenat lelah mengajar dan belajar  sepanjang tempoh pengajian,  pada tanggal 28 September 2012 ,semua warga  SMK Seri Selayang telah bersama-sama bersujud dan menadah tangan merafak keampunan dan doa agar dikurniakan kecemerlangan kepada semua calon PMR dan SPM tahun 2012.  Rayuan dan doa yang sarat dengan harapan telah dilafazkan oleh ustaz Wan Mohd Nor bin Wan Ahmad,ustaz jemputan daripada SMA Wilayah Persekutuan, diaminkan oleh semua hadirin. Semoga Allah merestui semua usaha telah telah dilaksanakan selama ini dan diganjari kejayaan yang sangat diimpikan. Kepada semua calon PMR dan SPM, teruskan perjuangan anda sehingga saat-saat terakhir. Jangan cepat berputus asa kerana Rahmat Allah s.w.t  seluas  langit dan bumi nanti anda. Kami para guru sentiasa mengiringi anda dengan doa yang tidak putus-putus. Akhir kata "SELAMAT MAJU JAYA"


Bacaan Yasin

Mencari keredhaan Allah

Motivasi yang sangat bertenaga

Khusyuk mendengar butiran mutiara nasihat

No comments:

Post a Comment