LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL –SEMARAKKAN
CINTA KEPADA RASULULLAH- IKON NOMBOR SATU DUNIA
Alhamdulillah
sambutan maulidur rasul pada tanggal 21-24 Januari 2013 menyaksikan satu tranformasi program.
Bermula dengan laungan salawat setiap pagi sebelum perhimpunan bermula, diikuti
dengan pameran “Nabi Muhammad – Ikon Nombor Satu Dunia, memperlihatkan perlunya
perkongsian ilmu tentang sirah Rasulullah terutamanya tentang kehebatan akhlak
baginda. Melalui akhlak baginda yang mulia ramai yang tertarik untuk mengenali
baginda dengan lebih dekat. Oleh itu transformasi aktiviti ini diperluaskan
pula kepada aktiviti kuiz terbuka bersandarkan maklumat pameran berkenaan untuk
semua murid SMK Seri Selayang. Penyertaan kuiz yang melebihi 150 orang
menunjukkan aktiviti ini boleh diteruskan pada tahun hadapan. Lokasi pameran yang
diadakan di kawasan kantin memudahkan murid-murid mengunjunginya sewaktu rehat
bagi mengisi masa rehat yang lebih berkualiti. Selain itu pameran buku-buku
berkaitan Rasulullah juga diadakan bagi menanam minat membaca serta membuka
ruang pemilihan buku-buku yang lebih bermanafaat. Tidak ketinggalan penceramah
jemputan iaitu Ustaz Rizal bin Mokhter
telah berjaya menyuntik semangat cintakan Rasullah dalam diri anak-anak SMK Seri
Selayang termasuk guru-guru Islam agar sentiasa mengikut segala sunnah dan
meninggalkan segala yang dilarang selain sentiasa mengamalkan bersalawat ke
atas baginda.
JOM KITA BANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS BAGINDA RASULULLAH......
|
guru penasihat pameran - kenangan bersama |
|
buku-buku yang dipamerkan |
|
pengunjung pameran |
|
pengunjung pameran |
|
ajk pameran |
|
ustaz Tuan dan Cikgu Jamil bersama mengunjungi pameran |
|
persediaan sebelum pameran oleh ajk 3kaa |
|
kegembiraan terserlah di wajah mereka yang menyertai kuiz maulidur rasul |
|
kuiz maulidur rasul disertai murid moral |
|
pameran buku menjadi tarikan pengunjung |
|
ustazah Solehah juga tidak mahu ketinggalan membaca bahan pameran |
|
jom membaca - pameran buku kisah Nabi |
|
berminat dengan bahan pameran |
|
bersedia menjawab soalan kuiz |
|
penyusunan buku yang kemas menarik pengunjung |
|
ceria dengan aktiviti yang baharu |
|
ceramah maulidur rasul oleh ustaz Rizal |
|
khusyuk mendengar ceramah |
\
No comments:
Post a Comment