Selamat Hari Kebangsaan

Selamat Hari Kebangsaan

Thursday 28 February 2013

KURSUS AMALI HAJI BERSAMA TABUNG HAJI

ALHAMDULILLAH, segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan program kursus amali haji dengan kerjasama Tabung Haji Malaysia telah berjaya diadakan dengan jayanya pada 28 Februari 2013. Penampilan Ustaz Heryanto,penceramah khas yang dijemput oleh pihak Tabung Haji menyaksikan amali haji yang dijalankan sangat menarik, jelas dan mudah difahami serta diamalkan. Program yang bermula pukul 10.00 di bawah cuaca yang sangat redup membolehkan murid-murid yang disasarkan,iaitu  tingkatan 4 dan 5,menjalani amali dengan lancar sekali. Tidak ketinggalan guru-guru juga terlibat dalam amali ini. Disaksikan juga oleh murid-murid daripada tingkatan 1, 2 dan 3 di sesi pagi.
 Bermula dengan penerangan memakai ihram, berniat ihram di miqat, larangan dalam ihram, manasik haji iaitu daripada tawaf, saei dan melontar dilakukan bersama-sama dengan tunjuk ajar yang bersungguh-sungguh daripada ustaz. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak Tabung Haji yang juga membuka kaunternya serta menaja akaun kepada murid yang masih tiada akaun tabung haji. Guru-guru juga tidak melepaskan peluang ini berurusan dikaunter serta mendaftarkan diri untuk menjadi tetamu Allah satu hari nanti. Sekalung terima kasih  dan setinggi-tinggi tahniah daripada GKMP Kemanusiaan untuk Panitia Pendididkan Islam iaitu Pn Hajjah Najwa Fadhil bersama barisan AJKnya yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga ia menjadi amal jariah yang berpanjangan bagi kalian,In Sha Allah,amin Ya Rabbal Alamin.

kaunter tabung haji dibuka

amali haji bermula

tapak amali haji

amali memakai kain ihram

saling bantu membantu

En Jamil turut serta

bersedia untuk pakaian ihram

teruja dengan ihram


ustaz mula memberi arahan



penerangan yang jelas

khusyuk mendengar ilmu


Tuan Pengetua En Samsuki tidak melepaskan peluang

amali melontar

Pn Saimah Penolong Kanan Petang juga ke kaunter Tahung Haji

No comments:

Post a Comment