Selamat Hari Kebangsaan

Selamat Hari Kebangsaan

Monday 8 July 2013

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

ALHAMDULILLAH,Segala Puji Bagi Allah yang telah mengurniakan nikmat kepada kita terutamanya nikmat Islam. Dengan nikmat Islam ini kita menjadi ummat yang mulia kerana itu merupakan janji Allah kepada hambaNya yang beriman. Sempena kedatangan Bulan Ramadhan tahun 1434 H bersamaan 2013 marilah kita menyiapkan diri kita dengan ilmu berkaitan ibadah ini agar ia menjadi ibadah kita yang terbaik berbanding Ramadhan sebelum ini. Mulakan dengan membaca buku dan merujuk hukum-hakam yang berkaitan yang mungkin kita terlupa atau memang tidak tahu agar ibadah yang akan kita jalani bukan sekadar ikut-ikutan tetapi menjadi tarbiyah yang berkesan pada jiwa nurani kita. Kepada anak anak SMK Seri Selayang, ayuh kita berazam untuk memenuhi Ramadhan kali ini dengan melengkapkan solat kita setiap hari. Murid-murid sesi pagi boleh melakukan tadarus Al-Quran sebelum pulang ke rumah sambil menunggu waktu zuhur,selepas solat zuhur anda pulanglah dengan telah melengkapkan tanggungjawab anda sebagai ummat Islam. Mari kita mengimarahkan lagi surau Al-Ikhlas yang sudah disediakan untuk anda beribadah di dalamnya. Kepada guru-guru Islam,mari kita amalkan konsep "AJAR DAN AJAK" iaitu selepas kita ajar mereka semua perkara kebaikan, sekarang kita ajak mereka untuk mengamalikan semua ajaran tersebut. Semoga semua ini menjadi amal jariah dan pencen kubur kita selepas ketiadaan kita, In Sha Allah. Selamat berpuasa.

No comments:

Post a Comment